Saturday, 29 March 2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN... SEMOGA ALLAH TERIMA AMALAN KITA SEMUA INSYAALLAH
Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan last kerja
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
* ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * Π__。˚
˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN... SEMOGA
ALLAH TERIMA AMALAN KITA
SEMUA INSYAALLAH 🤲🤲🤲 Daripada saya * Sekeluarga*
#Allah Sayang kita.
Kita Sayang Semua.
Semoga Dimakbulkan Allah SWT.
Checklist doa2 Untuk 10 Malam Terakhir.
Semoga Dimakbulkan Allah SWT.
Bahagian 1: Pengampunan Dosa.
1. Ya Allah, ampuni lah dosa kami.
2. Ya Allah, ampuni dosa ibubapa kami.
3. Ya Allah, ampuni dosa pasangan kami.
4. Ya Allah, ampuni dosa anak-anak kami.
5. Ya Allah, ampunilah dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik kami).
6. Ya Allah, ampunilah dosa guru-guru/para ustaz dan ustazah yang telah mendidik dan mengajar kami.
7. Ya Allah, ampunilah dosa Muslimin dan Muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia).
Bahagian 2: Keperluan Masa Kehidupan.
1. Ya Allah, kurniakanlah kpd kami rezeki yang berlipat ganda, halal lagi baik.
2. Ya Allah, berilah sakinah (ketenangan) dalam kehidupan keluarga kami.
3. Ya Allah, lindungi dan perliharalah anak, menantu, cucu kami.
4. Ya Allah, kami memohon rezeki yg diberkati lagi halal.
5. Ya Allah, kami memohon dijauhkan dari bala bencana, penyakit & musibah.
6. Ya Allah, kami memohon dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kami tanggung.
7. Ya Allah, kami memohon hati anak-anak yg aman dan tidak berpecah belah.
8. Ya Allah, kami memohon dikurniakan perasaan kasih sayang antara kaum Muslimin di seluruh dunia.
9. Ya Allah, kami memohon dijauhkan dari orang yang dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kami.
Bahagian 3: Urusan Ketika Kematian.
1. Ya Allah, kami memohon mati dalam husnul khotimah.
2. Ya Allah, kami memohon dijauhkan dari fitnah.
3. Ya Allah, kami memohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”.
4. Ya Allah, kami memohon utk mati sedang dalam beribadah.
5. Ya Allah, kami memohon mati pada keadaan yang baik, pada waktu yang baik, pada tempat yang baik dan dengan ucapan yang baik.
Bahagian 4: Alam Barzakh.
1. Ya Allah, kami memohon jadikan kubur kami nanti dari taman-taman syurga.
2. Ya Allah, kami memohon jangan jadikan kubur kami dari lubang api neraka.
3. Ya Allah, kami takut gelap. Terangkanlah kubur kami.
4. Ya Allah, kami takut sempit. Luaskanlah kubur kami.
5. Ya Allah, Engkau lapangkanlah kubur kami sejauh mata memandang.
6. Ya Allah, kami memohon Engkau berikanlah rezeki pada kami di dalam kubur nanti.
7. Ya Allah, kami memohon Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat kedudukan kami di dalam syurga.
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...