Friday, 3 May 2024
Ke tempat baru...
Daku dapat mesej dari anakku. Dia akan hantar mesej padaku jika Mughis hantar padanya. Daku dah Block Mughis selepas penceraian ini, kerana itu yang terbaik bagiku. Mughis hanya berinteraksi dengan anakku jika ada sebarang perkara mustahak berlaku atau nak disampaikan. Kami dah saling maaf memaafkan sebelum talaq jatuh.
Daku tetap berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan Allah dan daku mengharapkan keselamatan dari Allah jua. Daku gembira kerana dia akan pergi ketempat baru. Dia call aku. Aku pon tak perasan nombor mana sebab nombor dia telah ku blok. Mungkin nombor baru. Daku jawab salam kerana dia ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf dan menyatakan sedehnya kerana terpaksa tinggalkan tempat yang lama dia tinggal ini. Daku pon akur dan mengatakan "memang itu sudah tentu sedih kerana tempat yang lama kita tinggal."
Mughis mengatakan padaku bahawa dia sedikit pon tidak menyalahkan aku dalam penceraian ini...dan mengaku semua atas kesalahannya. Dia memohon maaf kepadaku. Daku terus berkata bahawa daku maafkan dia, dunia dan akhirat dan sememangnya setakat itu sahaja yang Allah takdirkan jodoh ini. Daku mohon agar saling memaafkan dan dengan itu kita akan selamat untuk masuk ke syurga Allah nanti dan kita sama2 tidak tersangkut lagi di mahsyar Allah.
Mughis sempat menceritakan kepadaku bahawa dia makin sembuh dari penyakitnya dan dia pergi be Port Dickson bermalam di dalam kemah yang di belinya. Aku hanya kata syukur dan terus daku nasihatkan Mughis agar terus juga "baca Quran dan khatam lagi" . Mughis berkata dia teruskan banyakkan "berzikir" ,dan daku tekankan juga baca juga Al-Quran untuk dapat rahmat Allah. Mughis kata padaku janganlah tak tegur dia, jika bertemu. Aku berkata "semoga you seronok dan i pon seronok disini" Dia akhiri dengan ucapan terima kasih atas segala pemberian dariku.
Daku bersyukur kerana daku dapat tahu apa perasaan dia terhadap apa yang berlaku ini. Dengan itu daku boleh berlapang dada selepas ini...Kami saling redho meredoi...InsyaaAllah...Alhamdulillah. Semoga dia terus selamat dan bahagia dengan hidupnya dan daku jugak bahagia dengan hidupku sendiri. Syukur Ya Rabb. Daku berharap tidak bertemunya lagi selepas ini. Aamiin Ya Rabb...Makbulkan lah doa ku ini...
Ya Rabb bahagiakanlah daku...selepas ini.
PERKAMPUNGAN SUNNAH 2024 - SESI PAGI, 3 MEI
🔸Perkampungan Sunnah Siri 9 Tahun 2024
🔸Sesi Pagi
🔸Forum Dhuha 1
🌴Tajuk:
“Maksud Jihad dan Tuntutannya”
🌴Ahli Panel:
🌿Maulana Fakhrur Razi Bin Abdul Rahman (Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis)
🌿Ustaz Adli Bin Mohd Saad (Pengarah Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Al-Khaadem)
🌿 Ustaz Muhammad Isyraf Bin Ishak (Ketua Nazir Sekolah Islam MAIPs) sebagai Moderator
🔸Forum Dhuha 2
🌴Tajuk:
“Jihad Dengan Tangan”
🌴Ahli Panel:
🌿Sahibus Samahah Ustaz Tajul Urus Bin Abdul Halim (Timbalan Mufti Negeri Perlis)
🌿Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim (Pengarah JAIPs)
🌿 Ustaz Jasri Bin Mat Kasa (Nazir Sekolah Islam MAIPs) sebagai Moderator
🔸Forum Dhuha 3
🌴Tajuk:
“Huraian Maksud Fi Sabilillah”
🌴Ahli Panel:
🌿Ustaz Haji Mohd Nazim Bin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif [CEO], MAIPs)
🌿Prof. Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan (Ahli Majlis Mesyuarat MAIPs/ Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis)
🌿 Ustaz Mazlan Bin Mohd Ibrahim (Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, KUIPs) sebagai Moderator
🔸 Lokasi:
Masjid Alwi, Kangar, Perlis
🔸Jumaat 3 Mei 2024, 8.30 pagi
Kenapa Kita Dihina?┃Khutbah Jumaat┃Dr.Mohd.Rosdi
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...
-
Wow Normadiah laa pulak...Omar Suewita...Lakunan orang dulu2... boleh tahan over jugak...hahaha Daku belum lahir kedunia lagi...hihi
@sfull83
2 weeks ago