Home

Wednesday, 15 May 2024

Dr.Mat Rofa Ismail :: MEREKA TELAH KALAH TOTAL

Isolated Island Gaza & Blockout 2024

Daily inspirations,

 




 

Mengenal diri,

 




TAZKIRAH : 3 Golongan Yang Allah Sayang & Benci (Ujian Jiran Bela Kucing...


~Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar dan kesahihannya ~Hadis tentang 3 golongan yang Allah sayang dan benci ~Penyataan Abu Zar tentang hadis yang diriwayatkannya ~Perihal 3 golongan yang disayangi Allah dari hadis Nabi ~Orang yang berjihad di medan perang dengan sepenuh hati ~Orang yang sabar mendapat jiran yang menyusahkan orang lain ~Orang yang bangkit solat walaupun letih ketika bermusafir ~Perihal 3 golongan yang dibenci Allah dari hadis Nabi ~Orang yang mempunyai sifat bangga diri dan sombong ~Orang yang bakhil, kedekut dan mengungkit kebaikannya ~Orang berniaga yang bersumpah palsu tentang jualannya

TAZKIRAH : Sedekah Yang Paling Baik [ Kisah Suara Dari Awan ] - Ustaz Sh...

INDAHNYA KALAU BERGANTUNG KEPADA ALLAH || USTADZ KHALID BASALAMAH

(🔴LIVE) 15-05-2024 Podcast - Fikrah & Hujah (Siri 20): DATO' Dr MAZA | D...

Assalamualaikum salam persahabatan,

 


Assalamualaikum sahabatku.   

Sebenarnya Blog ini adalah blok peribadi yang bukan Blog untuk buat wang seperti yang lain.  Saya ada Add Sence  berusia 13 tahun...masih hidup lagi.....tapi tak guna itu semua.    Jika ada Iklan saya rasa macam mengganggu sahaja... Ia nya hanya blok kenanganku sahaja.  Terima kasih kerana sudi bertandang kesini...Jika daku dah pergi, daku rasa Blog ini masih dikunjungi...at least dapat sedikit manfaat jika ada yang membaca petikan agama dan mendengar ceramah agama di sini.  

Selamat membaca...ala kadarnya sahaja.  Saya tulis apa terlintas di kepala saya   Saya letakkan salam Assalamualaikum , di situ agar tuan2 jawabnya saya suka dapat pahala dari jawapan tuan2 terhadap salam saya...Terima kasih.  (Tuan2 dapat pahala dan saya juga turut mendapatnya)  Berdasarkan hadith Rasulullah:  " Ucapkanlah salam kepada siapa sahaja yang kita kenali atau yang tidak kita kenali"

Terima Kasih.

Saya Noraini.



Pizza buatan sendiri,

 


Ini pizza yang di buat daripada roti canai segera.  Sedap macam Pizza biasa juga.


 Pizza yang saya buat ini untuk di makan pagi.  Ianya mudah meriah sayur.  Sengaja bagi banyak sayurnya.  hari ni tomato habis tak letakkan , yang ada sos tomato sapu pada roti canai tersebut


Sayur yang saya letak adalah...Brokoli, cendawan jari, lobak merah,timun...hihi org tak buh timun tapi daku suka ...bawang , cili daku letak agar ada rasa pedas,  jeruk lobak putih...memang sedap, serta mozarella cheese.   


Hari  ini letak mayonis dan cili source akhir tapi tak bakar balik...Komen anak ku yang dua hari lepas lagi sedap sebab mak tak bakar balik...hihi...



Makan yogurt dengan mempelam masak.  Sedap dan lalu makan yogurt...hihi...Ya Rabb kami bersyukur dengan rezeki anugerahMu dan kami mengharap akan mendapat keberkatan dengan rezerki ini.   Aamiin.

Makan malam yang mudah,

 


Sardin Puff ini adalah menu mudah yang sedap untuk 
dibuat makan malam.


Eni ...Ini hiburanmu dalam meniti hidup yang sikit lagi bakal berlalu.


Sarfin Puff ini adalah di balut dengan Puff Pastry yang boleh kita dapatkan di pasaran.  Ianya mudah bagi kita  untuk menyediakan pastrynya.  Kita cuma menyediakan inti sardin sahaja ...



To be continue: 

Sediakan bawang besar di potong halus (petak )dan bawang putih dan merah di cintang halus.  Potong cili merah dengan dicincang halus juga.  Perahkan perahan limau bagi memudarkan rasa mentah sardin tersebut.  Panaskan minyak masak, sedikit sahaja kerana jika banyak menyusahkan proses membalut puff ini.  Tumis bawang putih dan bawang merah.  Setelah garing masukkan hirisan bawang , cili dan tabur sedikit garam serta sedikit black pepper.  Hum...siap ...masak hingga agak kering...Angkat untuk proses pembungkusannya.  Siap.





 
Letakkan kulit (Puff Pastry)   jika mahukan ianya besar bolehlan kita gelek dengan rolling pin...( haha.  torak)  harap betullah panggilan tu...Bila siap letakkan inti dan lipat dua.  Tekan dengan garfu pada bahagian tepi...siap sedia menempel antara 2 sisi tepi Pastry tersebut.




 

Siap untuk di makan.
































 
Ini kulit pastri...boleh di dapatkan daripada kedai2 frozen food atau pasaraya ataupon dibeli online.






Makan yogurt denagan mempelam masak.








 Makan yogurt denagan mempelam masak.  Beres Breakfast kami.  Moga sihat dengan rezeki yang di beria Allah. Aamiin.

Makan simpleku tghari kelmarin...


Makan tengahari yang simple ini adalah tumis terung bulat bercabai, sayur kangkungt rebus cicah sambal belacan  serta sampal ikan bilis petai kelmarin.,  Hihi protein dari ikan bilis tu ja la.


Sambal ikan bilis ada petai sedikit sumber protin di sini...hihi jadila...kataku...



Sayur kangkung rebus.  Buat cicah sambal belacan...


Sambal belacan ready made dariku...masak sikit letak peti sejuk...boleh tahan lama.  

InsyaaAllah.   Balik anakku di buat sebiji telur mata kerbau...

hihi ...daku tak payah dah....

Al-A'raf ayat 204-205,