Home

Monday, 29 April 2024

Undang-undang Daya Tarikan

 


Semua perlakuan negatif kita tersebut merupakan doa dan tidak mengundang frekuensi positif, aura dan kecemerlangan. Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang anda lakukan itu kepada diri anda semula.


 Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.

Bukankah al-Quran telah memberi amaran kepada kita, “Celakalah (azablah - Neraka Wail) bagi pengumpat dan pencela.” Al-Humazah: 1.

Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.”

 Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
Kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Sedangkan dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.

Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk itu. Fikir positif, tarik tenaga (energy) yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri anda. Ia adalah pekerjaan yang sangat mudah.

Wasiat Rasullullah kepada Abu Dzar Al Giffary

 


Wasiat Rasullullah kepada Abu Dzar


WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesra dengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol didalam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaum fakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilandari manapun juga datangnya. 

Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. 
Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )

Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . 

Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untuk diperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi. Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|