Home

Friday, 27 June 2025

Peperangan Antara l5r43l Dan Ir4n Menimbulkan Berbagai Kerisauan Dikalan...

Tahniah SS Dato Mufti @DrMazaChannel . Anugerah Tokoh Dunia Islam dari M...

Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA" 🚨🔊‼️ . 26 Feb. 2025...

 

Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA" 🚨🔊‼️ . 26 Feb. 2025...


Bismillahhirrahmanirrahim
InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan 
atau tajuk di beri    "Ramadhan adalah Laluan Mudah ke syurga."
Tengok Hadith Nabi:


Selari dengan tajuk bulan Ramadhan itu "suffidat".. Dirantai, dirantai kuat2 sehingga tak terlepas
Malam pertama lagi... Dirantai kuat2 sehingga tak terlepas.. 

1)Allah pastikan kita buat kebaikan tiada gangguan, paling besar bagi manusia... Syaitan..

"Wahai Manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar janganlah  kehidupan dunia menipu daya kamu sehingga kamu terlepas dgn janji Allah yg begitu besar dan banyak dan jangan syaitan menipu kamu 

(kebanyakan manusia 11 bulan di tipu oleh 2 benda,)

1: kehidupan dunia perhiasannya 
   (syaitan dan jin yg jahat)

2). Di tutup kuat2 pintu Neraka. Malah Nabi kata tidak akan di buka walaupon satu pintu."wafuttihat"...
dibuka dgn sebenarnya pintu syurga dan tidak akan di tutup walaupon satu pintu. 
Dan orang yg menyeru memanggil   (mungkin Allah. mungkin Malaikat) 
Setelah 3 benda ini berlaku.. Seruan Allah:  "Wahai org yg ingin kebaikan... Dtg cepat2 buat cepat2, jgn tangguh lagi.." 
Wahai org yg inginkan kejahatan... Cukup2lah... Dan kemuncak nya.. Setiap mlm ada saja manusia yg di bebaskan dpd neraka, sepatutnya. dia masuk Neraka Allah tukarkan... Menunjukkan Bulan Ramadhan, satu hadiah yg sangat besar, satu rahmat Allah dan satu nikmat Allah yg sangat mulia, sangat agung yg Allah sediakan untuk kita supaya kita betul2 dapat syurga. Mungkin 11 bulan Allah tahu kita berperang dgn nafsu, syaitan dengan dunia... Maka tak apalah Aku berikan satu bulan hadiah... Kamu akan dapat mudah laluan kamu ke syurga. 

Okey... Semak sekali lagi terjemahan dgn ustaz....

TERUSKAN... 

      

     Wahai org2 yg beriman, (mengapa org beriman?).  Syarat pertama nak puasa mesti beriman kalau kamu tak beriman, tak payah puasalah.  Jika Islam tapi tak solat tak payah posa lah sebab syarat nya org beriman kpd Allah.. Allah tujukan kpd org yg beriman dengan Allah dgn ghaib, malaikat, syurga. Neraka dgn dosa dgn pahala barulah layak kamu terima tanggungjawab ini. Kalau sekadar mulut sahaja beriman tapi tak ada cinta Allah lebihkan dunia dpd akhirat maka puasa tak ke mana.  Kemudian Allah katakan diwajibkan keatas kamu puasa.. Apa makna puasa(ianya bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi dlm buku tak sebut yg lain2 lagi ia itu, mengumpat di teruskan. Menipu di teruskan,

Maka puasa juga di wajibkan atas org2 dahulu juga,...Para Nabi dan para RASUL... Jika kamu puasa, kamu juga akan di naikkan taraf . 
Jadi bertuah lah kamu di masukkan dlm kumpulan org yg beriman yg berjaya berpuasa kemudian Allah sebut, supaya kamu bertakwa... Apa ciri2 org bertakwa?  Awal surah al baqarah jugak..." Zaalikalkita bulan roibafihihudallilmuttaqin. "


      Ciri2 org bertakwa adalah beriman dengan benda ghaib... Apa dia benda ghaib? 
Allah, Malaikat, syurga Neraka, dosa pahala, jin azab kubur..dsb.. Semua itu wajib kita beriman dan sebelum beriman wajib kita belajar... Di mamá cerita benda2 baik?... Dalam Quran.  Jika kamu tidak beriman dgn benda ghaib... Kamu tak mungkin menjadi org yg bertakwa. Mustahil.  Itu yg masuk puasa keluar besok balik asal... Sebab kamu tidak beriman dgn ciri2 utama org berilmu. 
Setelah yakin pada Allah, yakin pada akhirat, maka dirikan solat
".  Innassolatatanha anil fahsya iwalmungkar"
Solat yg boleh mencegah kan kemungkaran. Tak cukup dgn itu mesti ada satu lagi..." Hablunminallah hablunminannas.) 
Apa yg Kami beri rezeki kpdnya itu mereka infaq... Bukan hanyalah Ramadan sahaja sepatutnya di hari2 biasapon dan  benyak2 lagi di bulan Ramadhan. 
Manakala Rasullullah memberi tanpa meminta dan mendapat balasan. 


Rasulullah paling banyak infaqNabi itu pemurah nya sangat2 luar biasa. Walaupon tak banyak tapi bila dia bagi macam orang banyak hartaBila bagi tak pernah takut miskin.  Dan bila masuknya bulan Ramadhan, bertambah pemurah Nabi kita. 

Teruskan mendengar ceramah ustaz...Moga Bermanafaat.

Eni ...Santai itu Indah...

Doaku dipagi ini..


Ya Rabb ...Janganlah tulisanku menyakitkan hati sesiapa  kerana Nabi suruh insan menjaga lidah agar tiada yang tergores hatinya...Aamiin.

Jika aku tak mampu menjaga hati insan lain maka wajib atas aku berhenti terus dari mencoret apa2 di sini.

Rabbku aku insan yang lemah...Peliharalah lidahku.  Jari jemariku adalah lidahku dalam Blogku yang kaku ini.

Rabbku jika daku tak mampu menjaga lidahku, Kau yang berhak memutuskan aku dari berbicara di dalam Blogku ini.

Ya Rabbku...Aku dah terlalu tua, pon kakakku dan adikku, pada bila2 masa sahaja Kau akan menjemput kami....Jemputlah kami dalam keadaan yang baik dalam situasi kami saling menjaga hati semua.

Nampak senang sahaja untuk berjalan di muka bumiMu ini  kenyataannya ,ianya sukar.  Dari dulu ...daku suka bersendirian agar daku tidak mengumpat mencela dan mengelakkan diri dari melakukan kerja2 haram dan lagho  itu..." memakan daging manusia"  daku tak mahu  Moga daku sentiasa mengawasinya.

Kau pulangkan kembali Noraini ini sebagai dahulu...pagiku bersama kitab2 mu, pagiku bersama tumbuhan2, alam ciptaan Mu yang daku cinta.   Akrabnya daku dengan alam milikMu ini Rabbku hinggalah  sebulanku berjalan dengan penuh manfaatnya.  Sebenarnya daku rindu saat itu...tapi adikku , kakak ku anakku kata ...saat itu yang perlu aku lupakan...InsyaaAllah sekali sekala daku rasa boleh ...jika aku pulang.   

Rabbku...bukan daku putuskan Silaturrahim dgn sahabat2ku jika daku terus disini.  aku mengaku daku lari terus dari mereka. .cumanya daku ingin mengelakkan diri dari dunia luar yg penuh dgn cabaran.  Daku ingin lari dari sebarang yang melibatkan rosaknya hatiku daripada fungsi mataku , lidah yang tak benar...Betulkanlah bicaraku.  Facebook , Instagram  dan media sosial lain dah daku bye bye2 ..harapnya  "forever lah.   Daku tak mahu lagi melihat kepura-puraan hidup yg penuh dgn perlumbaan mencari harga diri di situ.  Tak perlu sebenarnya.  

Kalau para sahabat yang kaya raya itu  sangat zuhud dengan mengamalkan ajaran Islam dgn sebaik2 amalan dari mereka...kita ini tak dapat nak berbuat demikian ...memang tak mampu...sahabat dgn kekayaan mereka mereka boleh meninggalkan nikmat dunia ini...Robbku....Insafkan kami...

Jika daku bicara diluar sedar daku akan berusaha menyedarkandiriku sendiri......Jika orang yang menyentuh hati dan perasaan kau lari terus jauh2 dengan mengucapkan     "Alhamdulillah ala kullihal"  Redakan perasaan marah...Daku teringat beberapa bulan daku di Negeri orang tiada satu pon yang lagho berlaku dengan lidah ini...  Jadi pelajaran itu daku bawa hingga kini...Bagus sungguh untuk bersendiri rupa2nya kan......tanpa bimbangkan lidah yg berbicara..daku sebenarnya damai jika tidak menyentuh perkara2 yang menyakitkan hati...

Kadang2 bila daku ulang baca kembali apa yang daku tulis , daku merasakan tentu ada yang kecilhati...Eni...Eni...taubat segera.  Minta maaf segera.  Kau berdosa jika itu yang berlaku.   Terlanjur cakap pasal ini  sahabatku semua...Maafkan Noraini ini jika daku tersilap bicara tersalah kata  dalam berbicara dengan jari jemariku ini. Maafkanku...Maafkanku...Maafkanku...

Daku tak risau jika kembali kepada keluargaku kerana topik perbincangan kami hanya berlegar dgn perkara biasa2 sahaja..santai dan menyeronokkan.  Kami makan2 untuk  lebih merasai kembali, keakraban masa kecil bersama Mak dan Pak.  Seronok sangat!  Dalam masa berbincang kami masing2 menjaga hati masing2 dan jika ada perkara yang akan membawa ke arah melibatkan dosa kami masing2 "ingat mengingati "  Itulah sebabnya seronok jika kita berkumpul bersama dalam keadaan terkawal lidah masing2.

Semalam means kelmarin bahasa kami..daku ramai2 di rumah Kak Hindon..."shell out" famili.   Ianya menyeronokkan.  Makan2 tanpa fikir perkara2 berat...santai sahaja macam kecil2 dulu bersama Mak dan Pak.  Hihi...Kak Hindon makan cepat masa kecil...Pak selalu pesan ...mamah tu lama sikit...hihi.   Kak Hindon secepat dia buat kerja secepat itulah dia makan.   Hihi. Rasanya daku paling akhir siap.  hihi.  Eni Kau lambat.  Anakku agak cepat juga...Quratapon rasanya macamku....  

Hihi.  Daku dan Maznah agak slow.  Kami memang kawan baik dari kecil...berdua kesana berdua kesini...  Kawan paling baik dlm keluarga.  Maznah sekarang agak tak berapa sihat macam dulu.  Rasanya macam daku lebih sihat padanya.   Kesian adikku sayang.  

Ya Rabb daku toleh ke kiri ..."   Ha???  Nak pukul 9.00 dah?   MaasyaaAllah ...begitulah hari2ku yg... berlalu.








Sharifah Aini - Di Pinggir Kayangan

Anak Lelaki Anwar Ada Di Mana...?