Home

Saturday, 4 May 2024

(🔴LIVE NON-STOP) 05-05-2024 DAY 3 | PERKAMPUNGAN SUNNAH SIRI-9

04-05-2024 SS Prof Dato Dr MAZA : Kuliah Maghrib Khas (PS9)

Pelukkan Daku Dengan KerahmatanMu Yaa Rabb..

 Bismillahhirrahmanirrohim...

Assalamualaikum,

Ya Rabb...Peliharalah hambamu ini terus.   Kuatkan daku menjalani hidup ini.  Aku akan terus redho dan redho .  Janganlah aku tergoda dengan kekayaan dan kehidupan mewah di luar sana .  Kau jadikanlah aku Noraini dulu yang tersurat sebagai anak mak yang mengikat guruku di kaki meja sekolah bila aku meninggalkan Profession in.  Ulitkan aku dengan kesederhanaan hidup ini.  Kau kuatkan daku.  Kau ingatkan ku selalu...Hidup bukan untuk selamanya.  Aku akan pergi jua...Entah bila Engkau akan menjemputku.  Kau kosongkan aku dengan ingatan2 negatif...Perbanyakkan amalku..Permudahkan urusan sedekahku selagi hidup.  Kau sihatkan badanku,pendengaranku dan penglihatanku Ya Rabb...Bimbinglah aku Ya Raabb..Istiqamahkanlah daku dlm beribadah kepadaMu.  Makbulkanlah doaku. Kau kumpulkan aku dengan orang2 yang menyangiku, sahaja..Aamiin...Ya Rabb.  Kau sembuhkan luka2ku didalam hidup ini.  Kuatkan daku Ya Rabb...Kau basahkan mulutku dgn Astagfar kepadaMu.  Aamiin... Aamiin Ya Rabb...Aku Yakin aku kuat Ya Rabb dan telah ku serahkan kepadaMu urusan diriku ini sepenuhnya Yaa Rabb. Kau makbulkanlah doaku ini Yaa Rabb Tercapaikanlah cita2ku Ya Rabb,...Kau matikan daku dengan Husnulqhatimah Jangan Kau kembalikan aku dalam keadaan  terlalu tua(nyanyuk dan menyusahkan) Lindungilah aku daripada ujian pesona dunia dan fitnah dan Lindungikan lah aku daripada azab kubur.  ..Aamiin... Hasbunallah hiwa nik mal wakil, wala haulawa khu wataillh billah.  Aamiin Ya Rabb.

PERKAMPUNGAN SUNNAH 2024 - SESI MALAM, 4 MEI

Gaji Penjawat Awam Naik, Microsoft : Peluang Kemahiran ≠ Peluang Pekerja...

Friday, 3 May 2024

PERKAMPUNGAN SUNNAH 2024 - SESI PAGI, 4 MEI

Ke tempat baru...







 Daku dapat mesej dari anakku.  Dia akan hantar mesej padaku jika Mughis  hantar padanya.  Daku  dah Block Mughis selepas penceraian ini, kerana itu yang terbaik bagiku.   Mughis hanya berinteraksi dengan anakku jika ada sebarang perkara mustahak berlaku atau nak disampaikan.   Kami dah saling maaf memaafkan  sebelum talaq jatuh.  

Daku tetap berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan  Allah dan daku mengharapkan keselamatan dari Allah jua. Daku gembira kerana dia akan pergi ketempat baru.   Dia call aku.  Aku pon tak perasan nombor mana sebab nombor dia telah ku blok.  Mungkin nombor baru.  Daku jawab salam kerana dia ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf dan menyatakan sedehnya kerana terpaksa tinggalkan tempat yang lama dia tinggal ini.  Daku pon akur dan mengatakan "memang itu sudah tentu sedih kerana tempat yang lama kita tinggal."  

Mughis mengatakan padaku bahawa dia sedikit pon tidak menyalahkan aku dalam penceraian ini...dan mengaku semua atas kesalahannya.  Dia memohon maaf kepadaku.  Daku terus berkata bahawa daku maafkan dia, dunia dan akhirat dan sememangnya  setakat itu sahaja yang Allah takdirkan jodoh ini.  Daku mohon agar saling memaafkan dan dengan itu kita akan selamat untuk masuk ke syurga Allah nanti dan kita sama2 tidak tersangkut lagi di mahsyar Allah.

Mughis sempat menceritakan kepadaku bahawa dia makin sembuh dari penyakitnya dan dia pergi be Port Dickson bermalam di dalam kemah yang di belinya.  Aku hanya kata syukur dan terus daku nasihatkan Mughis agar terus juga "baca Quran dan khatam lagi" .  Mughis berkata dia teruskan banyakkan "berzikir" ,dan daku tekankan juga baca juga Al-Quran untuk dapat rahmat Allah.  Mughis kata padaku  janganlah tak tegur dia, jika bertemu.  Aku berkata "semoga you seronok dan i pon seronok disini"   Dia akhiri dengan ucapan terima kasih atas segala pemberian dariku. 

Daku bersyukur kerana daku dapat tahu apa perasaan dia terhadap apa yang berlaku ini. Dengan itu daku boleh berlapang dada selepas ini...Kami saling redho meredoi...InsyaaAllah...Alhamdulillah. Semoga dia terus selamat dan bahagia dengan hidupnya dan daku jugak bahagia dengan hidupku sendiri.  Syukur Ya Rabb.  Daku berharap  tidak bertemunya lagi selepas ini. Aamiin Ya Rabb...Makbulkan lah doa ku ini...

Ya Rabb bahagiakanlah daku...selepas ini.




 
 

3 doa Rasulullah tidak tinggal semasa sujud,

3 doa Rasulullah tidak tinggal semasa sujud, 1)  Allahhummainni as a luka khusnul khatimah       Ya allah aku meminta kepadaMU Khusnul Khoti...