Home

Sunday, 16 March 2025

HARI DIMANA DS AYOB KHAN BUAT DR MAZA MARAH



Kegelinciran pena  =  kerana apa..kerana manusia tak maksom...

CIRI-CIRI ORANG BERIMAN YANG BERJAYA

Prof Dato Dr MAZA - Ada Satu Perjuangan Yang Tak Pernah Selesai Sehingga...


Banyak harapan yang telah hilang.   Saya nak bagi tahu satu hal...Agama memasukkan dalam diri kita satu perjuangan tidak ada hentinya,  perjuangan yg pengakhiran kita nanti di Syurga bukan di Neraka.   
Semua Jiwa akan merasai mati...Kamu akan di balas di sana nanti hingga kiamat...Jadi siapapon kamu itu belum tentu berjaya ...Gaji mu 100K ke belum tentu berjaya...bukan itu pengukur berjaya...Pengukur berjaya ialah dapat duduk di Syurga Allah nanti...Allah letakkan satu perlumbaan yg semua kita setara...Jadilah siapa pon kalau masuk Neraka tak berjayalah kita...kalo masuk syurga kita berjaya. InsyaaAllah...

Syurga itu mata tak pernah tengok telinga tak pernah mendengar.  Nikmat yang tak terhingga.  MaasyaaAllah...
Allah mengambil penderita di dunia dicelupkan seketika kedalam syurga lupa penderitaannya di dunia dahulu. 
Nabi kata seorang yg paling mewah di dunia...di celupkan ke Neraka sekali celupan sahaja maka bila di tanya dia akan berkata bahawa  tak pernah merasakan indah dan nikmatnya hidup di dunia.
Oleh itu setiap kali solat baca doa untuk mengelakkan dari Neraka.  Doa sebelum salam itu.

Nasihat anak kita agar jangan tinggalkan solat kerana solat yang betul akan menyelamatkan kita di sana nanti.
InsyaaAllah....

“Al-Quran Sebagai Penyelesai Masalah”

Frequency positif n negatif

   Frequency positif n negatif


Semua perlakuan tersebut merupakan doa dan tidak mengundang frekuensi positif, aura dan kecemerlangan. Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang negatif anda lakukan itu kepada diri anda semula.


 Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.

Bukankah al-Quran telah memberi amaran kepada kita, “Celakalah (azablah - Neraka Wail) bagi pengumpat dan pencela.” Al-Humazah: 1.

Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.”

 Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
Kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Sedangkan dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.

Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk itu. Fikir positif, tarik tenaga (energy) yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri anda. Ia adalah pekerjaan yang sangat mudah.