Home

Monday, 7 August 2023

Khamisku…Madagascar

 

Khamisku…Madagascar

November 20, 2008
Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang. Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV.   Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan. Sebelah petang, Anis, aku,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat. Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang. “Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis. Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”. Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!
Posted by at 10:17 AM 0 comments Labels: Posted by at 08:18 

Tokiwadai dalam kenangan

 Tokiwadai dalam kenangan

Oktober 19, 2008
Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi. Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika. Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik. Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”. Di Jepun obento amat mustahak. Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi. Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin. Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini. Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen AIni.





Di Usia tuaku

 Di usia tua..., banyak barang2 lama perlu dibuang dikemaskan agar mendapat sedikit ruang di pondok kecilku.  Banyak baju2 yang perlu dibakar dan dibuang memandangkan baju2 lama yang tidak islamik.  Jika baju2 yang menutup aurat daku simpan juga untuk diberi kepada yang memerlukan.

Meskipon telah banyak baju yang telah kuselesaikan semasa di Taiping dan di Shah Alam 24.  Masih berbaki.  Tiada baju2 lamaku yang memenuhi citarasa anakku Anis. Citarasa mereka berbeza dengan kita. 

MaasyaaAllah Lunaknya.... Sedih....

 

Kusangka aur di pinggir tebing

Kiranya tebu di pinggir bibir Kusangka jujur pancaran batin Rupanya palsu penghias zahir Kukira hati jiwa nurani Suci seindah wajah terbayang Kukira puji seikhlas budi Kulupa lidah tidak bertulang Di manis gula semut binasa Kail berduri bersalut umpan Dek manis kata insan terlena Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakunan hidup Di pentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencapai maksud Budi dan harta merangkum noda Inikah dia lakunan hidup Di pentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencapai maksud Budi dan harta merangkum noda



Ku curah kasih dalam lagu

 

When i need you

 

When I need you

I just close my eyes,

and I'm with you,

and all that I so want to give you, 

It's only a heartbeat away


When I need love,

I hold out my hands,

and I touch love,

I never knew there was so much love,

Keeping me warm night and day


Miles and miles of empty space in between us, 

A telephone can't take the place of your smile


But you know

I won't to be traveling for ever

It's cold out, 

but hold out and do like I do,


When I need you

I just close my eyes,

and I'm with you,

and all that I so want to give you babe

It's only a heartbeat away


It's not easy when the road is your driver

Honey, that's a heavy load that we bear

But you know

I won't be traveling a lifetime


It's cold out

but hold out

and do like I do

When I need you


When I need love, I hold out my hands and I touch love,

I never knew there was so much love,

Keeping me warm night and day


When I need you

I just close my eyes...

And you're right here by my side

Keeping me warm night and day

I just hold out my hands

I just hold out my hand

And I'm with you....darlin'


All I  wanna give you...

It's only a heartbeat away


Siksa