Wednesday, 30 July 2025
Kenanganku dgn Ustaz Muhammad Nur, keponakan ku...
Friday, 11 July 2025
Kenanganku dgn Ustaz Muhammad Nur, keponakan ku... ,
Tahniah anak keponakanku Muhammad Nur bin Abd Manaf berkhutbah di Masjid Kota Baru Gopeng Perak hari ini. Mak cik tengok gambar ni terus Mak Cik mengimbau Muhammad masa Mak Cik dan Abang Aley (Shahril) hantar Muhammad puluhan tahun dulu masa Muhammad darjah satu masuk ke sekolah pondok di Matang rasanya tak salah Mak Cik untuk belajarTahfiz di pondok itu.
Masa Abang Ale letakkan barang2 Muhammad...
Mak Cik dah mula sedeh. Masa Mak Cik peluk Muhammad dan Mak Cik ucap selamat belajar air mata Mak cik dah mula tergenang...
Saat bye bye tengok Muhammad kesaorangan menunggu kawan yang belum tiba, Mak Cik sedeh kerana di kegelapan petang itu Mak Cik lihat usangnya sekolah pondok yang Kak Emi dan Abang Manaf letakkan anak untuk belajar. Baru darjah satu pulak tu. Besar dan kuatnya jiwa Abg Manaf dan Kak Emi. Hebat. Bagiku.
Daku bye bye dan terus mengalir air mata kesedihan hingga sampai ke Kamunting. Sedeh sungguh masatu..Daku dah Cikgu mengajar di sekolah yang cantik,...betapa tak sedeh...
Akhirnya Muhammad berjaya juga dalam bidang Agama. Menjadi Al Hafiz dan Cikgu seperti Mak Cik tapi lagi hebat . Cikgu Agama begitu juga Abang Aley . Tahniah.
Mak Cik tabik.
Tahniah Abg Manaf dan Kak Emi berjuangan mendidik mereka hingga berjaya.
Moga mereka terus memberi khidmat kepada Islam dan anak bangsa.
B
Bila daku baca ballik petikan ini ,air mataku tergenang kembali teringat saat itu...Syukur Ya Rabb dia dah berjaya bersama Abang Aley.
Tuesday, 29 July 2025
MENGAPA TAK PERNAH JUJUR - PANCE PONDAAG (LIVE COVER INDAH YASTAMI)
MENGAPA TAK PERNAH JUJUR - PANCE PONDAAG (LIVE COVER INDAH YASTAMI)
Sedap suara anak ini.
DrMAZA-Isteri nusyuz adakah hentikan terus nafkah?
Wednesday, 28 May 2025
DrMAZA-Isteri nusyuz adakah hentikan terus nafkah?
Indahnya isteri yang di nafkahi suami... MaashaaAllah... janganlah isteri2 tak bersyukur dan tidak taat kepada suami.
Jika mereka tidak bersyukur dan tidak taat kepada suami, di situ mereka tidak berhak mendapat nafkah. MaasyaaAllah. Seronoknya menjadi wanita yang disayangi dan di nafkahi dalam satu rumahtangga "mawardah warahmah..." Isteri...banyak2lah bersyukur. Naik saksilah jika suami menafkahimu , mereka adalah orang yang benar2 baik dalam Islam.
Wahai lelaki, jadilah lelaki yang gentleman dengan memberi nafkah kpd isteri. Sukanya aku lihat mereka2 yang di nafkahi suami dengan seadil2nya. Berilah kasih sayang mu kepada isteri denagn mengajar ilmu agama kepada mereka sebagai tanda sayang kita kepada mereka. MaasyaaAllah. Bertuahnya perempuan yang bernama isteri.
Di sebaliknya pulak, Jika lelaki yang bersyukur apabila isteri menolong/menafkahi/sedekah, mereka hendaklah bersyukur...Jika tidak bersyukur itu sebabnya Allah tarik kembali keindahan yang didapati. Kegagalan bersyukur menjadikan terputuslah rezeki dari Allah
Bukan semua isteri berkira...macam yg ditayang2 dan diwar-warkan di media sosial....Bukan semua perempuan begitu. Nafkah adalah ibadah (Jika dari pihak isteri ianya menjadi sedekah) Belas dan kasihan menjadikan perempuan sanggup ambil tanggungjawab disamping mendapat pahala dari Allah Azzawajalla.
Betapa ruginya lelaki yang dihidangkan makanan setiap hari, dihormati, setiap hari dimanjai dengan segala kerja mendapat tolak ansur dari isteri, tetapi mereka tidak dapat melahirkan sikap bersyukur , maka dengan sikap itulah Allah tarik kembali rezeki yg Allah beri. Suami sekali2, jauhkan dari sikap sombong kerana sombong itu pakaian Allah. Marilah kita hidup dengan merendah diri Sabar dan Redho serta Bersyukur kepada Allah. Aamiin. Moga benarlah apa yang daku coretkan ini. Dari pengalamanku sendiri. Harap ianya mendapat iktibar dari sesiapa sahaja perempuan dan lelaki yang membacanya.
By Noraini at May 28, 202
20 Dis 2020 || Tadabbur Surah Al Hadid 16-17 || Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Ya Rabb ...aku masih dengar lagu...Ustaz Muein ambil pendiraian lagu dan irama tak boleh
Orang yang ada gitar nak jual gitar Ustaz tak beri tapi bakar sahaja gitar itu...
Bila daku boleh buang lagu... Daku ambil prinsip muzik dan irama boleh mengikut ceramah ustaz Shibuddin. Ustaz Basalamahpon ambil pendirian Musik dan irama tak boleh. Menurut ustaz Maza jika kita ambil pendirian tak boleh maka jika ada bunyi2an telepon pon tidak dibolehkan. Daku ambil pendirian sederhana. Jika ambil pendirian macam Ustaz Muin ini bagus sangat. Tunggu sikit lagi... Moga Allah kuatkan aku..
ambil analogi ni...
1)polis ------> takut....
2) pistol --------------> bertambah takut.
Kata ustaz ...bila lagiu nak khusyuk....bila lagi nak takut....bila baca Quran kita menangis...
By Noraini at June 01, 2025
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...