Home

Friday, 12 January 2024

M. NASIR - Mustika - Lirik / Lyrics On Screen

I think...


 

Moga Sejahtera ( buat masa ni)

 

Salam silaturrahim buat sahabat

Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT.

.

Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.

.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.

.

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).

.

Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).

.

.

Rahsia 19 Huruf

Perkataan Basmallah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT: “Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).” (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).

.

Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”

.
.

Fadhilat Basmallah

 

Banyak khasiat dan fadhilat ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) telah diamalkan oleh para Salafussoleh sehingga ada merumuskan beberapa keutamaan dengan jumlah tertentu, hasil dari bacaan Basmalah ini; Diantaranya:

 

  1. ‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.
  2. 2.     Setiap huruf diberi 4000 kebajikandihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
  3. Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima waktu. Insya Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan.
  4. Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, Insya Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan bercahaya rohnya.
  5. Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
  6. Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, Insy Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
  7. Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
  8. Baca 41 kali ke telinga orang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.
  9. Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, salih dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  10. Sekiranya ditulis 61 kali kalimat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) dengan huruf Arab pada kertas putih lalu disisipkan ke perut ibu hamil; Insya Allah, akan hidup dan sihat anak dikandung.
  11. Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminum orang yang bebal selama tujuh hari sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
  12. Membaca 786 kali lalu dihembuskan pada barangan niaga selama tujuh hari, Insya Allah maju perniagaannya.
  13. Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan naik keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

Assalamualaikum.



 

Thursday, 11 January 2024

Never give up...


 

Muzik o muzik...

 


Hari ini kau datang sayang ,

Tersenyum buatku girang,

Kau hias dirimu ,

membuat hati bertambah sayang,


Tapi wajahmu semalam muram,

Mengapa dewi mengapa,

Mungkinkah aku bersalah,

Cubalah dewi nyatakan,


Jangan dewi jangan begitu,

Senyum2 lah selalu,

Manis ,riang ,wajah bertambah jelita.


Haha haha ,   

"Siapa yang menyanyi lagu tu tadi?

Tanya sepupu lelaki kami,"Mereka dari Taiping, balik bercuti di kampong"

Abang Halid marah..Katanya " macam lelaki " (adoi teringat...Abg Halidpon dah pergi)

Sebenarnya, J.Mizan yang ikut suara orang perempuan...hihi


Hihihi...Aku teringat...aku anak mak yang kuat menyanyi masatu...

Saudara perempuan kami ada 6 orang tak pandai nyanyi sangat ,ikut tune tak tepat.,..aku, kiranya, ok la

 jugak ..hahaha Eni! Eni!...kelakar hang....


Masa sekolah rendah aku dan beberapa orang kawan terpilih jadi wakil pi nyaji di Sekolah Kebangsaan Yong Hwa, Lenggong.    Lagu "Mubibbah" 


Aku masa kecik2 naik ja  atas tikar sembahyang masa nak pakai telekung, keluar dari mulutku lagu..

Habistu,  kena tegur," Apa ni nak solat keluar lagu? orang Astaghfar ke, Selawat ke" Dia nyanyi...

Langsung pastu aku berubah...Nasib aku boleh berubah...kikiki


Masa di maktab , Sessi Muzik. Pensyarah kami Jamaluddin Bin Saa.( Kuat Ugama Pensyarah ini,

 Meskipon ngajar muzik) 

Maka, adalah Sessi Ujian Nyanyian.  Baca not lagu.   

Bermacam2 lagu ada...Lagu2 cinta, Lagu Jiwang2, Lagu keagamaan,...Panjang2 lagu2 yang di beri...haha ha ha ..

Tiba giliran aku nyanyi...setelah ramai yg nyanyi lagu Jiwang2...Aku pilih lagu ni....

"Lompat si katak lompat, 

Lompatlah tinggi, tinggi,

Cepatlah adik Cepat,

Cepat bangun Pagi2"

"Kelakar berbunyi gelak satu ouditorium"  Mereka terkejut,  Kak No nyanyi "Lompat Si Katak Lompat"

Pensyarah pon turut gelak sama bila orang2 lain gelak.

Sessi result...

Markahku tinggi  sebab ikut not yang betul...Kikiki....Kenangan yg tak boleh aku

 lupakan....Kelakar sangat...Tu sebab aku letak  blogku ni dgn lagu...Kadang2 aku buka aku dengar..

Setelah setahun mengajar di Sekolah Rendah ..Pita suaraku rosak....Suaraku tak segermersik dahulu lagi...Lepas tu lagu2 Ela ja sesuai...hihi...

Bye dulu...Nak dhuha jap...Ni masa anak unta menggeliat

 kepanasan pagi....Waktu afdhal..Assalamualaikum!







Jadikan musibbah ini pahala,



Innalillahhiwainnailaihiraajiuun,

Ya Allah Kau jadikanlah Musibah ini Pahala dan Kau gantikan dengan yang lebih baik daripadanya... 

Aamiin"

"Kau jadikanlah ujian ini dalam  redhoku  dan lebihkan  ketabahanku  dan kau gugurkan dosa2ku . Kau tambahkanlah  Imanku Ya Rabb, Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang"

Aamiiin...

3 doa Rasulullah tidak tinggal semasa sujud,

3 doa Rasulullah tidak tinggal semasa sujud, 1)  Allahhummainni as a luka khusnul khatimah       Ya allah aku meminta kepadaMU Khusnul Khoti...