Home

Sunday, 6 March 2016

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat



Sunnah Yang Ditinggalkan Melayu

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.

Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim

Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim

Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.

Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.

 
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.

Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ

“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim

Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..

Wallahualam..

Friday, 14 March 2014

Rumahtangga Rasullullah




Rumahtangga Rasullullah.

 Rumahtangga Rasullullah ada rumahtangga tersempurna. Kata ibnu Masood "Sekalipun sisa hidupku tinggal 10 hari aku pastikan aku bertemu Alah tidak dalam keadaan bujang" Nabi bersabda: Ajarkan anak kamu 3 perkara.
 1) Ajar mereka sampai boleh kasih pada Nabi.
 2) Sampai dia boleh menyintai ahli keluarga nabi...Saidatina Fatimah Saidina            Ali, anaknya hasan dan husin ,Saidatina Fatimah, Saidatina Khadijah,                    Aishah...
 3) Ajarlah mereka membaca Al Quran. Keluarga Nabi Ahlulbait, ambil sedikit         sahaja tentang dunia...Nabi ditawarkan emas sebesar bukit Uhud...Nabi pula         suka bergaul dengan orang miskin. Bukan materialnya menjadi kehendak             semata2... Saidina Ali berkata, Rasullullah barsabda:

       Orang yang paling teguh kedudukannya di Titian Siraj ialah orang yang               menyintai Keluarga Rasullullah"



Friday, 17 January 2014

Nasihat Kubur

Nasihat Kubur: 
 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
 2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . .. 
 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 
 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 
 7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 
 Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. InsyaAllah..

Friday, 10 January 2014

Malaikat (Mukashafah Al-Qulub) Imam Ghazali


Malaikat.

Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari Rasullullah SAW, Baginda bersabda:" Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat.Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, Maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi yang tersebut sampai hari Kiamat"

Monday, 6 January 2014

Rasulullah Dan Muezza



Rasulullah Dan Muezza

 Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap Nabi akan menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah, Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan. 

Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan munggil kucing itu. 


Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.


 Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu-Bakar As-Siddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdur Rahman bin Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan dirumahnya.” 


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.


 Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni]. Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain.


  Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci. Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

Saturday, 28 December 2013

Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan

Ya Muaz …
Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan

1. Macam kera (penyebar fitnah)
2. Manusia dibangunkan dalam bentuk babi yang kakinya di atas (gulungan yang makan harta
haram) Rasuah,tipu ,putar belit, riba,
3. Mata mereka semuanya buta.( orang yang tidak adil dalam pemerintahan mereka,tidak adil dalam hukuman,zalim dan tidak adil…
4. Keluar dpd mulut lidah sampai mencecah dada menghancurkan lidah2 mereka…mereka itu gulungan ulamak yanmg bercakap hokum agama dan tak jalankan hokum itu…
5 Ada yang pekak dan tuli ( gulungan yang ujub dalam pekerjaan mereka…dialah yang terbaik…
macam burung merak dia sahaja boleh memerintah…ujub…takabbur…
6. Ada lidah mereka terjelir mencecah dada dan keluar nanah bagai air keluar dari pancuran air
7. Yang lain tangan mereka terpotong dan terputus (orang timun tak da kaki tangan…orang yang
dalam hidup suka menyakiti jiran…hatta kalau nak beli umahpun kena tengok jiran dulu
tiap2 kali jibril jumpa aku, dia berpesan tengok jiran, jangan menyakiti jiran…kata nabi bukan
golongan aku orang yang boleh tidur lena jika jiran lapar.
8. Kaki pulak terpotong
9. Lain pula bangun dalam mereka tersula,lain
10. Bau mereka itu amat2 busuk…itu orang yang hidup dalam dunia mahu mengikut nafsu sahwat mereka saja. Orang yang tidak menunaikan zakat.
10 puak ini semua di sebut dalam Al Quran.

“38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)
Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.
“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.

3 doa Rasulullah tidak tinggal semasa sujud,

3 doa Rasulullah tidak tinggal semasa sujud, 1)  Allahhummainni as a luka khusnul khatimah       Ya allah aku meminta kepadaMU Khusnul Khoti...